Monday, October 26, 2009

UMNO GUNA ISLAM UNTUK RAIH SOKONGAN MELAYU



Cadangan penubuhan Dewan Ulama dalam Umno semasa perhimpunan agung parti itu baru-baru ini dilihat sebagai satu tindakan terdesak bagi meraih semula sokongan orang Melayu yang jelas menolak Umno dalam beberapa siri pilihan raya yang lalu.

Idea yang dikemukakan oleh perwakilan dari Pulau Pinang ini juga dilihat selaras dan cuba melobi Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang ketika ini gemar menggunakan ungkapan Islam dalam setiap ucapannya diseluruh negara.

Menurut ahli majlis pimpinan pusat parti KEADILAN Dr Nur Mohamad Manuty berhubung perkara ini. Menurut beliau, propaganda Umno berkenaan untuk menyuntik ruh Islam dalam parti itu ada kaitan dengan ketakutan mereka terhadap pendekatan Islam yang dibawa oleh PAS dan KEADILAN.

"Imej Anwar sendiri sebagai pemimpin Islam sudah diketahui hingga ke peringkat antarabangsa," jelasnya.

Ternyata pesona Islam yang ada pada Anwar dan pemimpin PAS telah menyakinkan rakyat dengan memilih parti itu dalam pilihan raya umum yang lalu. Fenomena sekarang adalah orang Melayu sudah mula mendekati parti yang ada ciri-ciri ini.

Kata Dr Nur Manuty lagi, adalah janggal apabila mendengar Najib Razak berceramah dengan menggunakan ayat-ayat Al quran dan petikan ungkapan Saidina Ali. Jika dahulu ungkapan-ungkapan begini hanya kedengaran di ceramah-ceramah parti pembangkang sahaja.

Tetapi jelasnya lagi, saya ingin menasihatkan presiden Umno itu agar membersihkan dirinya dari dari tuduhan-tuduhan moral yang terpalit pada batang tubuh beliau selama ini.

"PM didakwa banyak terlibat dengan masalah moral sehingga diketahui ke peringkat antarabangsa, kata Ibnu Sina syarat untuk menjadi pemimpin seseorang itu perlu sukses memimpin dirinya sendiri," katanya.

Jika rakyat sendiri melihat pemimpin tidak bersih mana boleh ia mentadbir negara ini dengan baik. Tanpa keyakinan terhadap pemimpin tentu sukar rakyat untuk mengorbankan diri terhadap negara.

Berkenaan penubuhan Dewan Ulama Umno, bekas presiden Abim ini menempelak usaha ini. Baginya mengikut sejarah parti itulah yang meminggirkan sayap ulama Umno yang membawa kepada penubuhan Parti Islam Se- Malaya(PAS).

"Kini hanya kerana untuk kepentingan politik, golongan terdesak ini cuba menjilat kembali pengkhianatan mereka terhadap sayap agama parti itu," katanya.

Sementara itu, mengulas isu sama Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Umno sebenarnya belum bersedia untuk mengubah dasarnya.

"Kewujudan Dewan Ulama Umno hanya akan menjadi 'lipstik' kerana dewan itu tidak boleh berperanan sebaiknya melainkan Umno benar-benar bersedia mengubah dasar perjuangan mereka," katanya.


Ini kerana, tegasnya dasar Umno bertentangan dengan Islam sekali gus menyekat para ulama untuk menjadi penasihat yang baik.

"Jadi saya lihat dalam konteks ini kalau sekiranya ulama-ulama dalam Umno mampu memperbetulkan perjuangan Umno selari dengan kehendak al-Quran dan hadis maka ia menjadi positif dan sangat baik," katanya dipetik daripada web berita parti itu.

Justeru tegas beliau, jika peranan Ulama Umno sekadar untuk menjadi pesaing kepada Dewan Ulama PAS maka matlamat menubuhkan Dewan Ulama Umno tidak akanmenghasilkan sesuatu yang baik.

Bagi "(Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Nik Aziz Nik Mat) pula dah merapu, agensi agama rasmi pula ambil jalan selamat kerana tak mahu komen atau jawab beberapa isu, maka perlulah diwujudkan Dewan Ulama Umno," katanya.

Ustaz Tuan Ibrahim berkata demikian sebagai mengulas cadangan Umno Pulau Pinang dalam perhimpunan Agung Umno baru-baru ini yang mahukan parti itu menubuhkan Dewan Ulama Umno serta mempergiatkan usaha untuk mendekati golongan agamawan.

Ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya berkata, ulama Umno boleh memainkan peranan dalam soal keagamaan kerana agensi-agensi agama rasmi sedia ada mengambil sikap 'jalan selamat' dengan enggan mengulas mengenai beberapa isu yang ditimbulkan.




1 comment:

Anonymous said...

"Ternyata pesona Islam yang ada pada Anwar dan pemimpin PAS telah menyakinkan rakyat dengan memilih parti itu dalam pilihan raya umum yang lalu. Fenomena sekarang adalah orang Melayu sudah mula mendekati parti yang ada ciri-ciri ini."

Ini kenyataan murahan. Org melayu pangkah PAS dan PKR dalam PRU12 bukan kerana Anwar tetapi kerana BN dibawah Pak Lah telah ganggu poket rakyat.
Rakyat kebanyakkan tidak heran dengan rasuah, pembaziran wang dan kezaliman Mahathir kepada pembangkang dan Anwar kerana dasar mahathir tidak mengganggu poket rakyat secara langsung.Tetapi bila Pak Lah menang besar tahun 2004 dia bagi minyak naik dan sekaligus semua naik.BN lupa pada rakyat bila besar tu sebab ramai melayu tak pangkah BN.