Tuesday, August 5, 2008

Dah lama kena "Balun"

Minggu lepas aku berjumpa Nik Nadzmi, Adun Seri Setia yang juga menjawat jawatan Setiausaha politik kepada MB selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di pejabat SUK Selangor.

Lama juga bersembang hampir sejam, banyak cerita digebangkan. Dari penyatuan Melayu, kedaulatan agama dan juga yang paling popular muzakarah Umno-Pas dan juga isu liwat Anwar Ibrahim.

Nik begitu merendah diri menyatakan bahawa PR diSelangor masih lagi tunas, banyak perkara yang perlu dipelajari. Bagaimanapun segala yang dijanjikan masa pilihan raya sedang dikotakan.

Beliau bertegas dalam soal ketelusan kerajaan Selangor tidak langsung berkompromi dalam perkara ini. BN atau PR tidak terkecuali.

Mengungkit perihal muzakarah, Nik begitu yakin bahawa Pas tidak akan mengkhianati PR. Pas adalah satu parti yang jelas ideologi Islamnya.

Cuma Umno sahaja yang dalam keadaan parah, dan sentimen perkauman ini akan selalu disebarkan oleh Umno apabila dalam keadaan mereka lemah.

Kes limat Anwar mengundang ketawa kami apabila Nik memberi hujahnya. Kata beliau "aku dua tahun pernah jadi pegawai khas Anwar". Kalau betul Anwar meliwat "dah lama aku kena balun".
Beliau kesal dengan pertuduhan itu, Anwar ni sepanjang dia berkhidmat, Anwar seorang yang sangat menjaga Solat. Jadi kena pikir la sendiri, jelas beliau.

Lega dengar penjelasan Nik!. Tetapi tak tau masyarakat macamana. Kalau ini satu konsprasi tentunya ia dirancang dengan teliti dan mereka belajar dari kelemahan episod lalu.

Apapun yang benar pasti akan menang.

"Lawan tetap lawan"

No comments: