Kematian adalah janji Tuhan yang paling akrab
Tidak akan tergelincir, walau sesaat ia takan mungkir
Walau darjat setinggi awan
Walau pangkat menongkat langit
Walau kuasa seluas lautan
Walau akal setinggi bintang
Walau rasa sebulat semesta
Bukan harta jadi taruhan
bukan darjat jadi ukuran
bukan pangkat jadi sandaran
bukan kuasa membeli saat
bukan akal menempa muslihat
bukan rasa menitip usia
tatkala ia datang
mari kita sambut
dengan redha menjunjung iman
Karya
Najib Iqbal
Puisi ini tersiar dalam Tunas Cipta
2 comments:
first to comment? :)
tapi najib iqbal ni sapa? nama pena ke?
gud for you to hef a blog bro. at least yang jauh2 nih leh tau perkembangan.. ye tak.
Jib, nak ayat tu biar betul, ejaan biar betul...
Post a Comment